“Tiada Perhimpunan Awam,” Dr Noor Hisham Dedah 6 Kriteria Jika Mahu Tamatkan PKP

Posted on

Sudah pasti seluruh rakyat Malaysia mahukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini akan tamat dengan secepat mungkin. Memandangkan penurunan jumlah jangkitan Covid-19 di negara kita kian menurun dari hari ke hari sejak PKP Fasa ke-3 ini.

Menerusi sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia, Dr Noor Hisham ada menegaskan 6 kriteria yang perlu dipatuhi untuk negara kita menamatkan PKP ini. (Rujuk video minit ke 27:30)

Antaranya:

1. Kemampuan mengawal sempadan daripada kes import.

2. Kemampuan mengawal dan merawat pesakit positif (2,041) daripada menjangkiti orang lain.

3. Kemampuan sistem kesihatan kita (makmal dan wad).

4. Kemampuan kita melindungi golongan berisiko tinggi.

5. Norma-norma baharu menjadi amalan hidup iaitu tiada perhimpunan awam, penjarakan sosial dan kerap basuh tangan.

6. Kemampuan kita melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti.

Sumber: KKM

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.