Gugur terkorban dalam ‘medan perang’ adalah satu kematian yang sangat disanjungi dan terlalu layak diberi penghormatan.
Begitu juga bagi mereka yang bergelar petugas kesihatan yang menabur bakti dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada warga Malaysia.
Terbaharu, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar melaporkan dalam satu kenyataan di Facebook pagi ini tentang kematian salah seorang warga petugas kesihatan di hospital tersebut.
Pihak Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Nadila Rahmat, staff nurse di HPSF yang telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi ini. Semoga pihak keluarga tabah dalam menghadapi ujian ini. Bersama-sama kita sedekahkan Alfatihah dan doa kepada Allahyarhamah. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang beriman.
PENGARAH HOSPITAL
Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
Bagaimanapun, pihak hospital tidak memaklumkan secara terperinci mengenai punca kematian arwah.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman.
Salam takziah buat ahli keluarga arwah.
Al-Fatihah.
Sumber: Facebook