Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah mengeluarkan maklumat jumlah pecahan kes mengikut negeri setakat jam 12 pm , 22 April 2020.
Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan oleh KKM, terdapat 13 daerah lagi yang masih kekal sebagai zon merah berdasarkan kes sedang dirawat atau kes aktif yang terdapat di daerah tersebut.
Berikutan dengan itu, KKM menasihatkan orang ramai supaya meningkatkan langkah-langkah pencegahan dan elakkan sebarang perhimpunan awam atau keagamaan menjelang bulan Ramadan ini khususnya pada umat Islam yang bakal menyambutnya.
13 daerah kekal zon merah berdasarkan kes masih dirawat atau kes aktif.
Tiada lagi zon orange. Bagi zon hijau, amat penting untuk mengekalkan daerah bebas #COVID19 dengan meningkatkan langkah-langkah pencegahan. #Ramadan ini elakkan sebarang perhimpunan awam atau keagamaan. pic.twitter.com/7SFmnJBou5
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 23, 2020
Sumber: KKM