Seorang ayah itu sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan keluarganya memperoleh makanan, pakaian serta tempat tinggal yang secukupnya.
Perkara ini secara tidak langsung membuktikan bahawa insan yang bergelar ayah ini mempunyai tanggungjawab yang besar dan kasih yang tak terungkap buat ahli keluarganya.
Baru-baru ini, perkongsian video Sahabatsurga di Instagram mendapat perhatian ramai.
Melalui video itu dapat dilihat seorang lelaki memasukkan ayam goreng ke dalam beg yang disandangnya sambil menjamah lagi seketul ayam yang tinggal.
Menurut Sahabatsurga, lebih menyentuh hati apabila dikatakan ayam goreng itu untuk dibawa pulang dan diberikan kepada anaknya di rumah.
“Kadang-kadang kepenatan ayah itu dipendam, dan kesakitan ayah ditahan sendirian.”
“Ketika dia sihat dia menggunakan seluruh kekuatannya untuk berjuang, ketika dia sakit, kadang-kadang cukup sekadar dia abaikan saja sakitnya itu.”
“Bagi sesetengah orang, dia adalah satu-satunya harta, bagi orang lain pula, dia adalah kenangan yang paling berharga. Cintailah dia sebelum cinta itu sudah tidak berguna untuk diungkapkan,” menurut tulisan Sahabatsurga.
“Ayah tidak mengandungkan anda, tetapi dalam darah anda, ada darahnya yang mengalir…”
“Ayah tidak melahirkan anda, tapi suaranya yang pertama kali anda dengar ketika lahir untuk menenangkan jiwa anda…”
“Ayah mungkin tidak menyusukan anda, tetapi dari keringat dialah setiap suapan yang menjadi susu anda…”
“Ayah tidak selalu menemani anda tidur, tetapi dialah yang berusaha memastikan anda selesa dalam tidur anda.”
“Ayah tidak memelukmu seerat ibu anda, itu kerana dia bimbang jika cintanya tidak dapat melepaskan anda ketika anda dapat membina hidup anda sendiri …”
“Ayah anda tidak pernah dilihat menangis, bukan kerana hatinya keras, tetapi agar anda terus percaya, dia kuat untuk anda bergantung pada dakapannya ..”
Sumber: Sahabatsurga