“Pernah Tidur Di Masjid, Atas Guni”, Ustaz Ebit Lew Kongsi ‘Jatuh Bangun’ Lebih 10 Tahun Dulu

Posted on

Siapa yang tidak kenal Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan keluhuran budi pekertinya. Sanggup bersusah payah untuk membantu orang lain, susuk ini berjaya memikat hati lebih 2.7 juta pengikut di Instagram dan lebih 1.2 juta pengikut di Facebook.

Biarpun ada yang tidak senang dengan usahanya, beliau tetap mendapat sokongan jutaan orang yang terinspirasi dengan keindahan akhlak beliau.

Terbaru, beliau berkongsi kisah hidupnya dari susah sehingga kini berjaya pada mata pengikutnya. Katanya, semuanya kerana berkat dan rahmat Allah. Mari kita baca perkongsian beliau.

Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.

Pernah tidur atas guni

Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar.

Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kopiah lagi. Kasut pun buruk. Dulu sekolah stokin pun takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja.

Saya walau ada sepinggan nasi kongsi dengan kawan. Ada orang masuk RM2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat RM2 tu. Besar nilai untuk saya.

Rezeki sebagai pakar motivasi, berniaga

Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah. Prokids remaja. Syukur ramai yang mendapat manfaat.

Buat dekat hotel 5 bintang dan dewan besar. Persiapan macam konsert sebagai daya tarikan dan lebih selesa. Teambuilding training sebelum ini mereka bayar syarikat luar negara dan syarikat besar. Mereka mula mencari yang ada nilai Islamik.

Saya dapat rezeki sikit buka 3 restoren Paramount Coffee House. Butik hari pertama buka sale habis jubah semua. Selepas itu makin semangat. Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. 1 buku jer boleh dapat banyak. Tambahan lain Youtube dan Facebook. Rupanya youtube dan facebook bayar banyak juga kerana mereka tumpang iklan dekat FB dengan Youtube.

Tips; Rajin dan Yakin

Tiada tempat dunia dan akhirat untuk orang malas

Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semua sekali. 2 perkara penting. Rajin dan Yakin. Tiada tempat dunia dan akhirat untuk orang malas.

Yakin pada Allah. Allah beri rezeki. Jaga solat awal waktu. Bila susah selalu beri masa solat sunat. Tahajud dan Dhuha. Jaga mak ayah dan mertua dengan baik.

Jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak. Beri kasih sayang. Pelukan dan kasih sayang. Tanpa doa bidadari saya dan anak-anak pasti tak dapat semua ini. Allah beri rezeki.

“Kau susah, nak tolong orang”

Dulu ingat lagi selalu bila jumpa orang susah baju buruk pergi masjid, saya tanggal jubah saya beri dekat dia. Dia nak selipar beri selipar. Sampai orang kata saya bodoh. Kau susah nak tolong orang. Saya sedih. Tapi saya yakin Allah pasti balas. Sekarang anak jalanan saya bawa shopping dekat sogo.

Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Dunia sementara sahaja. Akhirat selamanya. Miskin atau kaya bukan pada rumah kereta. Tapi pada hati. Walau ada sepinggan share dengan orang lain. Sahabatku percayalah disebalik ujiam ada rahmat. Barangsiapa bekerja untuk membantu seramai mungkin orang miskin dan anak yatim dia sedang berjihad.

Sumber: Ebit Lew

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.