Asteroid

Bumi Dijangka Dihampiri Asteroid Pada Jarak Selamat Pada 29 April Ini- Planetarium Negara

Posted on

Sebuah asteroid berukuran antara 1.8 kilometer hingga 4.1 kilometer dijangka akan menghampiri Bumi pada 29 April ini.

Maklumat itu telah dikongsikan Planetarium Negara di laman Facebook mereka pada petang tadi.

“Asteroid 1998 OR2 hampiri bumi pada 29 April 2020. Asteroid bersaiz antara 1.8 hingga 4.1 kilometer itu akan menghampiri Bumi pada jarak yang selamat, 6.3 juta kilometer iaitu lebih daripada 16 kali jarak Bumi ke Bulan,” tulis laman itu.

Berdasarkan laporan Live Science pula, asteroid ini dikatakan cukup besar untuk mengancam peradaban manusia. Namun, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana ia tidak akan melanggar Bumi disebabkan asteroid berkenaan melintas pada jarak yang jauh dari Bumi.

Tambah portal itu, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mengesan banyak asteroid yang menghampiri Bumi namun meramalkan ia tidak membawa mudarat kepada Bumi pada masa hadapan.

Sumber: Planetarium Negara, Live Science

Join Telegram

Baca : AEON Credit Lanjutkan Penangguhan Pembayaran Sebulan Lagi, Kecuali Bagi Pinjaman Kad Kredit

LAZADA NAK BAGI RM50 FREE JE 😱PERCUMA

Cara-Cara Claim RM50 👇🏾

1. Tekan link dibawah dan register acc dari google
2.Tekan Open untuk dapat Rm20+
3.Tekan butang download aplikasi lazada
4.Share ke group anda
Klik now
👇👇👇
https://s.lazada.com.my/s.0A1G8
💥💥💥💥💥💥💥💥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.