Pelakon Usop Wilcha Minta Izin Pihak Polis Untuk Ludah Muka Ustaz Abu Syafiq

Posted on

Sejak kebelakangan ini, pelbagai kontroversi yang berlaku mengaitkan nama Ustaz Abu Syafiq. Terbaharu, tular di media sosial satu video dimana pendakwah itu mencadangkan supaya tulisan Cina dihapuskan. Kenyataan pendakwah bebas itu sekaligus mencetuskan kemarahan warganet.

Video itu turut mendapat reaksi daripada pelakon Usop Wilcha yang berseloroh memohon kepada polis untuk meludah dan menghumban Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary ke dalam sungai sekiranya dirinya bertembung dengan pendakwah bebas itu.

Usop berkata demikian di media sosial Twitter sambil turut memuat naik foto Abu Syafiq.

“Kepada PDRM, minta maaf kalau teman (saya) nak tanya dan mintak pendapat. Boleh tak andai kata teman jumpa ‘makhluk’ dalam gambar ini, teman ludah dekat muka dia dan lempor (lempar) dekat sungai.

“Kalau tak boleh tak apa, teman tanya saja dulu. Sudah makin ramai sangat individu buat kenyataan secara terbuka macam ini,” tulisnya di Twitter.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan alasan pelakon tersebut mahu bertindak sedemikian.

Sebelum ini, Abu Syafiq tular di media sosial selepas didakwa mengkritik kerja amal yang dilakukan individu tertentu ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, tindakan mendedahkan identiti penerima bantuan adalah suatu yang tidak wajar kerana boleh dianggap mengaibkan mereka.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.