Sebanyak 84 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital setakat Khams (30 April 2020).
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media sebentar tadi.
Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 4,171 orang.
Terkini 30 April #COVID19 🇲🇾
Seramai 8⃣4⃣lagi pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital.
Terima kasih kepada semua. ❤ pic.twitter.com/vWiiqjHEaX
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 30, 2020
Sumber: Sidang Media KKM, Twitter KKM Putrajaya