Pos Malaysia Berhad membuka peluang kepada orang ramai yang memiliki van untuk menyertai Pos Rider di seluruh Malaysia.
Tawaran itu terbuka bagi mereka yang berminat untuk menambah pendapatan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Syarikat itu menawarkan komisen sehingga RM6,000 bagi ejen sepenuh masa untuk serahan item Pos Laju.
Antara kriteria lain yang diperlukan adalah;
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
- Memiliki van atas nama sendiri atau syarikat
- Memiliki lesen memandu penuh GDL
- Memiliki telefon pintar Android 5.0 ke atas
Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengisi borang ini manakala untuk maklumat lanjut, layari https://www.pos.com.my/
Peluang jana pendapatan tambahan sewaktu #PKP ini?
Jom sertai #PosRider yang kini beroperasi di seluruh Malaysia!
Daftar sekarang di https://t.co/jBFymmOpHL pic.twitter.com/D6TIY4jkKW
— Pos Malaysia Berhad (@pos4you) April 23, 2020
Sumber Pos Malaysia Berhad