Cara Daftar eKasih online dan Semakan Status Pendaftaran. Kerajaan Malaysia amat mementingkan kebajikan masyarakat khususnya mereka yang memerlukan bantuan termasuklah golongan miskin. Oleh itu, sebuah sistem telah diwujudkan bagi tujuan khusus untuk membantu isi rumah dalam kategori miskin yang dikenali sebagai sistem ‘e-Kasih’.
e-Kasih adalah sebuah sistem pengkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat kebangsaan untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan bagi negara Malaysia. Selain itu, sistem ini juga digunakan sebagai rujukan oleh Kementerian dan Agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan
BACA : Cara Semak Baki Akaun ASB Online di MyASNB
Kandungan
- 1 e-Kasih online
- 2 eKasih online 2020 : Pendaftaran Dan Permohonan Baru Portal e-Kasih
- 3 Siapa Yang Layak Mendaftar?
- 4 Borang eKasih : Cara Daftar Permohonan Baru
- 5 Talian Telefon Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)
- 6 Proses Permohonan eKasih
- 7 Semakan eKasih : Status Pendaftaran Permohonan Secara Online
- 8 Check Status Pendaftaran eKasih : Klik eKasih Online
- 9 Maklumat Lanjut
e-Kasih online
eKasih online 2020 : Pendaftaran Dan Permohonan Baru Portal e-Kasih
Sebagai makluman, eKasih bukan sebuah program bantuan Kerajaan tetapi adalah sebuah pengkalan data di bawah pengendalian Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Ianya mengandungi data mengenai isi rumah kategori miskin dan miskin tegar. Data ini akan digunakan kementerian/agensi yang memberi bantuan menerusi program-program pembasmian kemiskinan
Siapa Yang Layak Mendaftar?
Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan bagi kawasan bandar atau RM1,000 sebulan bagi kawasan luar bandar adalah digalakkan atau layak untuk mendaftar.
Golongan berpendapatan rendah ini berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2016 yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) seperti berikut:
*Sumber: Soalan Lazim Portal Rasmi
Borang eKasih : Cara Daftar Permohonan Baru
Bagi mereka yang melepasi syarat kelayakan di atas bolehlah mebuat pendaftaran permohonan baru. Dengan mekanisme pendaftaran terbuka. individu yang ingin mendaftar perlulah menghadirkan diri ke salah satu tempat berikut:
- Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)
- Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
- Menerusi telefon, surat atau emel rasmi ataupun membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
Talian Telefon Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)
Untuk memudahkan orang ramai, berikut adalah senarai nombor telefon PPN bagi setiap negeri yang boleh dihubungi bagi tujuan pendaftaran.
- PPN W.P. Kuala Lumpur: 03-40420260 / 61
- PPN Selangor: 03-55213600
- PPN N. Sembilan: 06-7659945
- PPN Melaka: 06-3333333
- PPN Johor: 07-2234777
- PPN Pahang: 09-5178208
- PPN Terengganu: 09-6272000
- PPN Kelantan: 09-7455000
- PPN Perlis: 04-9731976
- PPN Kedah: 04-7209236
- PPN Pulau Pinang: 04-2185700
- PPN Perak: 05-2497400
- PPN Sabah: 088-484800
- PPN Sarawak: 082-446582
Proses Permohonan eKasih
Buat rujukan semua, Proses Kerja Permohonan Isi Rumah bagi didaftarkan ke dalam Sistem adalah seperti berikut:
Semakan eKasih : Status Pendaftaran Permohonan Secara Online
Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan bagi kawasan bandar atau RM1,000 sebulan bagi kawasan luar bandar adalah digalakkan atau layak untuk mendaftar. Golongan berpendapatan rendah
Check Status Pendaftaran eKasih : Klik eKasih Online
1. Masukkan No. Kad Pengenalan (NO I/C)
2. Tekan butang ‘klik untuk cari’
NOTA: Beberapa Terma Rujukan yang digunakan maksudnya adalah seperti berikut :-
- Ketua Isi Rumah (KIR): adalah daripada kalangan isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberi tanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal
- Ahli Isi Rumah (AIR): adalah mereka yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman yang dipilih
- Senarai Penerima Bantuan (SPB): adalah senarai penerima bantuan agensi yang masih belum diverifikasi
Maklumat Lanjut
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran dan semakan status e-Kasih, orang ramai boleh menghubungi :-
CARA HUBUNGI