‘Highway’ Lengang Hari Pertama Rentas Negeri

Posted on

Empat hari ditetapkan untuk perjalanan rentas negeri bermula Khamis (7 Mei) ini, bagi membolehkan orang ramai yang terkandas disebabkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pulang ke kediaman masing-masing.

Menurut BERNAMA, Pada 7 Mei, orang ramai yang terkandas di Kuala Lumpur dibenar untuk pulang ke kediaman masing-masing di negeri lain di Semenanjung, manakala 8 Mei (Jumaat) untuk mereka yang berada di Perak, Johor dan Kelantan menuju ke destinasi masing-masing.

Pada 9 Mei (Sabtu) pula, pergerakan dikhususkan kepada mereka yang bergerak dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang dan pada 10 Mei (Ahad), pergerakan untuk yang berada di Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Walau bagaimanapun, melalui laman web jalannow.com yang mengemaskini situasi lebuhraya semasa menunjukkan hampir semua lebuhraya kelihatan lengang setakat jam 6.30 petang.

Sumber: Jalannow, Bernama

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.