Tiada sidang media perkembangan khas COVID-19 pada hari ini, kata Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan.
Sebaliknya, perkembangan terkini COVID-19 akan dikongsikan dalam satu kenyataan media pada jam 4.30 petang ini.
“Tiada sidang media harian bagi perkembangan terkini jangkitan #COVID19 di Malaysia pada hari ini.
“Kenyataan media berkenaan situasi terkini jangkitan #COVID19 akan dikeluarkan kira-kira jam 4.30pm ini. Sidang media harian akan kembali seperti biasa, esok. Harap maklum,” tulis KKM.
Berita itu disambut baik netizen yang mengharapkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah agar mendapat rehat pada hari ini.
Beliau menjadi watak yang dinanti-nanti segenap lapisan masyarakat setiap petang sejak beberapa bulan yang lalu bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih mengenai situasi semasa COVID-19 di tanah air.
Bagi Dr Noor Hisham rehat, kami tunggu esok
“Ayah angkat kita cuti”
Sumber: KKM