(Video) Selalu Beribu Umat Islam, Kali Ini Hanya Beberapa Orang Boleh Berbuka Puasa Depan Kaabah

Posted on

Wabak Covid-19 yang melanda hampir seluruh negara di dunia ternyata memberikan perubahan besar dalam pelbagai segi kehidupan terutamanya di bulan Ramadan.

Kota suci Makkah yang selalunya dipenuhi dengan jutaan manusia di seluruh pelusuk dunia pada bulan yang mulia ini, kini lengang dan sepi.

Ianya berikutan keputusan kerajaan Arab Saudi mengumumkan halangan sementara memasuki Makkah dan Madinah kepada umat Islam bagi menghalang penyebaran wabak Covid-19.

Namun begitu, bagi individu yang bekerja dan menetap di Tanah Suci, mereka umpama insan yang bertuah kerana dapat merasai pengalaman beribadat dan berbuka puasa di hadapan kaabah dengan penuh ketenangan.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh Ilmfeed di Instagram, beberapa individu dilihat dapat merasai pengalaman tersebut. Berlatarbelakang seruan azan, pasti menggamit perasaan syahdu siapapun!

Beberapa orang yang bernasib baik berpeluang berbuka puasa di hadapan Kaabah.
Biasanya Masjid penuh pada bulan Ramadhan dengan ribuan biji kurma dan cawan air disebarkan untuk orang ramai berbuka puasa.

Perkongsian video tersebut ternyata menarik perhatian warganet seluruh dunia di mana rata-ratanya menzahirkan kerinduan kepada Tanah Suci.

Sungguh merinduinya

Semoga semua umat Islam berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci apabila wabak Covid-19 ini berakhir kelak. Amin.

Sumber: ilmfeed

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.