Permaisuri Agong Kongsi Pengalaman Belajar Masak

“Biasalah Kalau Kita Memasak,” Permaisuri Agong Kongsi Pengalaman Belajar Masak Ketika Kecil

Posted on

Umum telah mengetahui bahawa Raja Permaisuri Agong kita iaitu Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut dikenali dengan sifatnya yang suka memasak seperti seorang suri rumah biasa.

Telatahnya apabila memasak secara tidak langsung telah membuatkan ramai rakyat Malaysia senang hati melihat setiap hasil masakannya.

Menerusi satu perkongsian di akaun airtangan_tunkuazizah, Permaisuri Agong telah berkongsikan suatu gambar yang menunjukkan tangannya yang kelihatan terdapat kesan melecur. Sambil itu juga, tuanku ada menyelitkan tentang kisahnya belajar memasak ketika waktu kecil.

Biasa lah kalau kita memasak, mesti nya terkena periuk panas, atau minyak, terkena pisau/luka atau wap steam. Kalau tidak bukan lah tukang masak. Saya masih ingat masa kecil, selalu kena halau keluar dapur istana!

Che Lok, Mak Lamah, Ku Comel dan Kak Cik selalu pok pek kat saya. “Anak raja sila keluar dapur, nanti parut/bertanda bila bersanding!”.

Saya suka mengacau mereka masak, jadi mereka selalu suruh saya tolong kupas bawang, kupas kentang dan petik taugeh! Dari situ lah saya belajar memasak, mereka akan tunjuk kepada saya cara-cara, petua dan resepi.

Dan mereka akan bisik kepada saya “Jangan ajar adek-beradek lain!” Dan saya pula rajin bawa buku nota, suka menanya dan tulis resepi-resipi. Mereka sayang saya kerana saya suka menolong mereka! i was their fave princess!

View this post on Instagram

biasa lah kalau kita memasak .... mesti nya terkena periuk panas, atau minyak , terkena pisau /luka atau wap steam ..... kalau tidak bukan lah tukang masak.... sy masih ingat masa kecil, selalu kena halau keluar dapur istana ! Che Lok, Mak Lamah , Ku Comel dan Kak Cik selalu pok pek kat saya " anak raja sila keluar dapur, nanti parut/ bertanda bila bersanding !" ..... sy suka mengacau mereka masak, jadi mereka selalu suruh sy tolong kupas bawang,kupas kentang dan petik taugeh ! dari situ lah sy belajar memasak, mereka akan tunjuk kpd sy cara2 , petua dan resepi .... dan mereka akan bisik kpd saya " jangan ajar adekberadek lain ! " dan sy pula rajin bawa buku nota, suka menanya dan tulis resepi2 ... mereka sayang saya kerana sy suka menolong mereka ! i was their fave princess !

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Sumber: Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.