Covid-19: kembali di Kelantan

Posted on

Selepas kira-kira sebulan bebas daripada sebarang kes Covid-19, Kelantan kembali mencatatkan jangkitan COVID-19 dengan kes terbaharu dikesan di Kuala Krai, membabitkan seorang wanita mengandung.

Perkara itu dimaklumkan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin kepada media, hari ini.

“Dari segi pengesahan sepatutnya kita tunggu pengumuman pengarah hospital.

“Daripada maklumat yang saya terima apa yang kita takutkan selama ini dari segi rentas sempadan. Dia (pesakit) balik apabila ketika sempadan negeri dibuka baru-baru ini.

“Secara tidak rasmi dikatakan dia positif dan sedang dirawat di hospital,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco kerajaan Kelantan di kediaman rasmi menteri besar di JKR10, Kota Bharu.

Terdahulu, difahamkan seorang pesakit yang juga wanita hamil didapati positif Covid-19 dan kini sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

Sumber yang rapat dengan hospital itu mengesahkan perkara itu kepada Suaraviral.

Kes tersebut menjadi tular di media sosial sejak semalam dengan pelbagai cerita dan spekulasi.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.