Semalam tular kes positif Covid-19 baharu di Kelantan selepas beberapa minggu memegang status zon hijau. Kes tersebut adalah seorang wanita hamil yang pulang ke kampung dari Ampang, Kuala Lumpur.
Hari ini Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan seramai 20 kontak wanita hamil tersebut termasuk kanak-kanak berusia tiga tahun didapati negatif hasil ujian saringan yang dilakukan.
Semalam, KKM mengesahkan Kedah dan Kelantan hilang status zon hijau selepas masing-masing mencatat kes positif baharu.
Seramai 20 kontak wanita hamil yang positif #COVID19 termasuk kanak-kanak berusia tiga tahun, didapati negatif hasil ujian saringan yang dilakukan.
- Pengarah JKN Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin/ BH— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 21, 2020
Sumber: KKM