Sejarah Malaysia!! PM pertama ketuai takbir raya, TSMY buat rakyat Malaysia sebak

Posted on

SYAWAL kali yang disambut dalam suasana berbeza ekoran penularan wabak Covid-19 mencatatkan sejarah tersendiri apabila seorang Perdana Menteri sendiri mengetuai takbir hari raya Aidilfitri.

Tan Sri Muhyiddin mengetuai takbir hari raya yang turut disertai barisan kabinetnya serta ketua-ketua agensi kerajaan yang disiarkan oleh hampir semua stesen televisyen di negara malam ini.

Sebelum ini belum pernah ada seorang Perdana Menteri mengetuai takbir hari raya menjelang sambutan Aidilfitri.

Video PM pertama ketuai takbir raya

Antara yang mengambil bahagian dalam takbir hari raya tersebut ialah Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kewangan Tengku Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador

Turut menyertai takbir raya itu ialah, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohamad Zulkifkli Al Bakri, Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Razdi Jidin, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Sebaknya dengar TSMY alunkan takbir

Mendengar alunan yang penuh syahdu, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak bercampur terharu kerana berbangga takbir raya tahun ini diketuai sendiri Perdana Menteri

Sayu pertama kali dengar PM ketuai takbir

Inilah pemimpin yang kita mahukan

Ini negara Islam yang sepatutnya

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.