Orang ramai boleh memeriksa arah kiblat masing-masing ketika fenomena Istiwa A’dzam pada petang ini. Istiwa A’dzam ialah suatu fenomena di mana kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bayang-bayang objek tegak akan menunjukkan ke arah Kaabah, sekaligus menandakan arah kiblat.
Ia dijangka bakal berlaku pada jam 12:16 petang (waktu Mekah), bersamaan kira-kira jam 5.16 petang waktu Malaysia.
Fenomena yang diramal berlaku dua kali setahun ini dijangka bakal berlaku kali kedua pada 15 Julai akan datang.
Semak Arah Kiblat
Pada 27 Mei 2020, Rabu bersamaan 4 Syawal 1441H - 5:16 PM (waktu Malaysia) akan berlakunya fenomena Istiwa A'dzam.
Istiwa A'dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah (12:16 PM waktu Mekah). Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun. pic.twitter.com/FiiqNRXHZa
— Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (@pejabatmuftiwp) May 26, 2020
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan