Pesakit COVID-19 Akan Didiscaj Selepas 14 Hari Terima Rawatan Walau Masih Dikesan Positif| Pesakit COVID-19 yang sudah 14 hari menerima rawatan akan dibenarkan pulang walau masih positif virus berkenaan, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan semalam.
Tambah KKM, Malaysia akan menggunakan protokol baru ini berikutan kebolehjangkitan yang sifar bagi pesakit yang dirawat selepas 14 hari.
“Pesakit dijangkiti Covid-19 yang sudah menerima rawatan dalam tempoh 14 hari akan dibenarkan pulang walaupun masih dikesan positif virus berkenaan.
“Protokol baharu ini akan dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam rawatan Covid-19 di negara ini. Kebolehanjangkitan itu masih ada tetapi mengikut laporan WHO, kalau mereka sudah melepasi tempoh 14 hari, kebolehjangkitan adalah sifar,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
“Protokol baharu itu selaras dapatan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta kajian Korea Selatan dan Taiwan mendapati kebolehjangkitan Covid-19 hampir sifar selepas 14 hari pesakit menerima rawatan,” tulis KKM.
Malaysia mempunyai 7,619 kes positif COVID-19 dengan 115 kematian setakat 27 Mei.
Sementara itu, 6,083 pesakit disahkan sembuh, mewakili 79.84 peratus kadar kesembuhan dari keseluruhan kes.
Terkini #covid19malaysia, 27 Mei
Kes sembuh = 42
Jumlah kes sembuh = 6,083
Kes baharu positif = 15
Jumlah positif = 7,619
Kes kematian = 0
Jumlah Kes kematian = 115
Sebanyak 8 kes dirawat di ICU dan 4 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. pic.twitter.com/ltakx5zlnJ— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 27, 2020
Sumber: Kementerian Kesihatan