Jangan Buang Merata-Rata, Ini 4 Cara Yang Betul Nak Lupuskan ‘Face Mask’

Posted on

Memakai penutup hidung dan mulut atau Face Mask ketika ini sudah menjadi norma baharu dalam kehidupan seharian kita sejak penularan wabak pandemik Covid-19.

Ramai petugas kesihatan, Kementerian Kesihantan Malaysia dan pengamal perubatan mengajar cara-cara untuk memakai topeng muka dengan cara yang betul.

Kali ini, menerusi portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia memberi tips untuk melupuskan penutup hidung dan mulut dengan cara yang betul.

Anda sama sekali tidak dibenarkan membuang topeng muka merata-rata tempat kerana itu boleh menjadi punca penularan wabak Covid-19.

4 tip melupuskan penutup hidung yang disaran KKM seperti berikut:

  1. Putuskan bahagian tepi pada tali penutup mulut dan hidung.
  2. Lipat penutup hidung dan mulut ke arah dalam dengan kemas dan ikat menggunakan tali yang telah diputuskan.
  3. Buang penutup hidung dan mulut terpakai ke dalam tong sampah yang bertutup.
  4. Cuci tangan dengan air sabun selepas membuang penutup hidung dan mulut.

Sama-sama kita mengamalkan penjarakan sosial, pakai topeng muka ketika berada di luar dan membasuh tangan menggunakan air dan sabun atau cecair pembasmi kuman.

Lupuskan Face Mask

Sumber: KKM Portal Myhealth

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.