Jangan Beri Air Masak

Jangan Beri Air Masak Pada Bayi Bawah 6 Bulan, Doktor Kongsi Bahaya Menanti

Posted on

Jangan Beri Air Masak| Menjaga bayi merupakan perkara yang sangat mecabar dan sulit kerana bayi bagaikan barang yang ‘fragile’ memerlukan penjagaan yang teliti. Persedian yang rapi dan ilmu yang mencukupi perlu ada dalam setiap bakal ibu bapa semasa menunggu kelahiran bayi mereka.

Hal ini kerana, banyak perkara yang dianggap remah tetapi sebenarnya memberi impak sama ada baik atau buruk kepada bayi.

Jangan Beri Air Masak

Sebagai contoh, terdapat sesetengah ibu bapa mula memberi air masak kepada bayi mereka sama ada untuk membilas mulut setelah minum susu dan merasakan bayi mereka tidak kenyang dengan hanya meminum susu ibu atau susu formula. Namun mereka tidak mengetahui perkara ini boleh menjejaskan kesihatan bayi sehingga membawa maut.

Oleh itu, ilmu tentang penjagaan bayi sangat penting dalam kehidupan sebagai ibu bapa. Ikuti perkongsian seorang doktor yang menerangkan keburukan apabila memberi air masak kepada bayi anda.

Baru-baru ni ada seorang kawan duk mesej saya tanya betul ke boleh beri bayi bawah 6 bulan minum air masak? Katanya ada yang cakap takut baby lapar tak cukup susu.

Allah..terkedu kejap saya masa baca soalan dia tu.

Terus terlintas kat fikiran satu kes baby ni yang meninggal kat luar negara beberapa tahun lepas. Puncanya disebabkan komplikasi serius akibat water intoxication.

Saya pun cepat-cepatlah explain balik kat dia. Sebenarnya bukan air masak je, apa-apa jenis minuman selain susu ibu dan susu formula kita tak boleh suap pada baby berusia bawah 6 bulan.

Jangan Beri Air Masak

Air masak ni nanti akan buatkan:

  1. Bayi kita tu jadi tak berminat nak minum susu.
  2. Tak mengandungi sebarang kalori untuk mengisi perut bayi.
  3. Buah pinggang baby tu masih belum matang dan tak akan mampu nak proses cecair yang terlalu banyak dalam badan.

Sebab tu bayi yang mengalami keadaan terlebih air ni dia akan menunjukkan gejala muntah-muntah, mengantuk, tubuh badan si kecil tu kelesuan, berpeluh secara melampau, suhu badan jadi rendah atau jumlah kencing berlebihan.

Ada jugak kes dilaporkan tubuh badan dan muka baby jadi membengkak. Tapi paling menakutkan ialah bila otak pun turut membengkak sebab selalunya keadaan macam ni memang risikonya tinggi untuk berakhir dengan kematian.

Tolong #sebarkan info penting ni pada kawan-kawan kita yang lain ye. Saya rasa bukan kawan saya tu je, ada ramai lagi pasangan yang baru jadi ibubapa masih tak tahu tentang info ni.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.