Umat islam sering disajikan dengan kisah-kisah penghijrahan dan pengorbanan saudara baru untuk memeluk agama islam. Namun, tidak semua mampu menyelami isi hati dan menempuh dugaan yang dihadapi oleh seorang insa yang bergelar mualaf.
Di Twitter, sebuah kisah mengenai pakcik mualaf berjaya meraih perhatian ramai apabila seorang gadis berkongsikannya di laman tersebut. Lebih memeranjatkan, mualaf berkenaan dibuang oleh seluruh ahli keluarganya setelah mengetahui dirinya memeluk agama islam.
Menitis air mata kerana tak sangka ada yang ambil kisah
Menurut perkongsian gadis tersebut, pakcik mualaf ini sudah seminggu dibuang oleh ahli keluarganya sendiri.
Bertambah sayu, masjid yang terpaksa ditutup menyebabkan lelaki berkenaan hanya mampu bermalam dan merehatkan diri di sekitar kawasan lapang berdekatan dengan tong sampah besar.
Dibuang sebab tukar agama, masuk islam…
Masjid tutup, tak dapat nak tumpang teduh
Bagi mandi, rehat dan solat kat tempat lebih selesa
Tak tahu nak bermalam dimana…
Bagusnya… langsung tak meminta-minta!
Dari semalam jalan2 & jenguk2 masjid yang tertutup
“Saya anggap pakcik macam ayah saya kat sini…”
Hanya ada isteri, tapi dah meninggal dunia
Tak sampai hati nak kejut, nyenyak tidur kat tempat selesa…
Duit sumbangan belikan barang keperluan
Semoga doa pakcik dikabulkan!
Sudah semestinya perkongsian gadis ini mengenai pakcik mualaf berkenaan menerima respon yang positif daripada para pengguna laman Twitter.
Ramai dilihat turut menghulurkan sumbangan kepada pakcik berkenaan dengan harapan dapat meringankan bebannya serba sedikit.
Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih