Diherdik dan dituduh beIa saka, ibu tua Iarikan diri dari rumah anak

Posted on

SEORANG ibu mampu menjaga sepuluh orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Begitu mudah sesorang anak itu melupakan jasa ibu mereka selepas bertarung nyawa melahir dan membesarkan anak-anak sejak dari kecil sehingga dewasa.

Baru-baru ini, tular di Twitter video seorang ibu tua yang dikatakan telah lari dari rumah anaknya sendiri.

Nasi pun dah lama tak makan

Menurut apa yang dimaklumkan oleh Farra Deeba, individu yang memuat naik video tersebut, ibu tua itu menaiki bas untuk menuju ke Terengganu sebelum dia dijumpai dalam keadaan yang sangat lemah oleh gadis tersebut.

Melihatkan keadaan nenek itu yang lemah, Farra telah membelikan makanan kepadanya sebelum nenek tersebut membuka mulut apa yang telah terjadi kepadanya.

Hampir terjatuh dalam tandas

Selalu minta makan terus dituduh bela saka

Oleh kerana tidak memahami dialek Terengganu, Farra telah meminta rakannya untuk menerangkan kepadanya apa yang sebenarnya telah berlaku terhadap ibu tua tersebut.

Rupa-rupanya, ibu tua itu sering dimarahi oleh anak dan menantunya, malah turut dituduh membela saka kerana kerap meminta makanan.

Nak lari dari anak sendiri

Tambahnya, anaknya tidak menjaga dengan baik, malah makan pun tidak dikasi sedangkan dia menderita gastrik, membuatkan wanita warga emas itu tekad untuk lari daripada rumah anaknya.

Syukur ada yang datang tolong

Farra berkata, dia tidak dapat menolong ibu tua itu lebih lanjut kerana terpaksa menaikini bas untuk ke destinasi seterusnya.

Namun Farra bersyukur ada individu lain yang sudi membantu dengan membawa ibu tua itu kepada pihak yang berkenaan.

Maklumat terkini yang diterima, warga emas berusia 82 tahun akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara menunggu warisnya datang menuntut.

Semoga kisah nenek ini menjadi teladan dan pengajaran buat kita sebagai seorang anak, supaya terus menabur bakti kepada kedua orang tua sementara mereka masih lagi ada.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.