Seorang pencuri bernasib malang apabila ditemui tertidur di atas sofa di sebuah rumah yang dipecah masuknya. Perkara ini telah didedahkan oleh pihak polis.
Suspek lelaki berusia 35 tahun dari New Malden di London, United Kingdom itu ditangkap selepas polis menerima panggilan daripada seorang wanita pada tengah malam Sabtu.
Menurut mangsa, ketika kejadian dia pulang ke rumahnya di Kingston, dan mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali tidur di atas sofa ruang tamu. Lelaki itu kemudian dibawa keluar oleh pihak polis, sebelum tuan rumah menyedari dompet dan kad banknya hilang.
Wanita itu kemudian memaklumkan kepada pihak polis. Berdasarkan pemeriksaan yang dibuat oleh pihak polis, barang yang hilang ditemui di dalam poket pencuri yang tertidur itu.
Sumber: Daily Star