Meskipun sibuk dengan aktiviti kebajikan serta membantu golongan memerlukan, bagaimanapun pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew tetap mempunyai masa untuk menguruskan beberapa perniagaan miliknya.
Sebelum ini kurta keluarannya laku habis sehingga terpaksa mencari 100 tukang jahit bagi menampung permintaan, nampaknya Ustaz Ebit menghasilkan t-shirt pula berikutan ramai yang membuat pemintaan mahu beliau keluarkan baju t-shirt.
Menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Ebit memohon doa untuk beliau menghasilkan t-shirt tersebut. Ujarnya, stok t-shirt untuk dijual sudah pun siap dan boleh di dapati secara atas talian bermula malam tadi pada harga RM29 sahaja.
Rata-rata netizen teruja dengan baju terbaru yang dihasilkan oleh Ustaz Ebit, malah ramai yang tidak sabar untuk mendapatkannya. Tidak kurang juga ada dikalangan netizen meminta beliau menghasilkan baju versi muslimah pula.
Dalam pada itu, ramai yang mengagumi pendakwah itu yang tidak berhenti berniaga meskipun sudah memiliki kekayaan. Kata netizen lagi, jika mereka membeli baju tersebut seolah turut menyumbang sama kepada mereka yang kurang bernasib baik.