Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan orang begitu takut dengan kehadiran lipas sehingga menimbulkan fobia dalam diri mereka.
Bukan sahaja di dalam rumah, haiwan tersebut juga boleh bersarang di dalam kereta.
Terkadang pelbagai cara yang dilakukan bagi menghalau haiwan tersebut namun ia akan tetap kembali ‘menghantui’.
Jangan risau kerana petua yang pernah dikongsi oleh Iza Abu Bakar di laman Facebook ini dapat membantu menghalau kesemua lipas dengan hanya menggunakan dua bahan sahaja.
PETUA HALAU LIPAS DENGAN DUA BAHAN JE
Stress kan bila nampak lipas merayap rayap di dalam rumah especially area dapur le kan.
Menurut kajian, di dalam perut lipas tu ada cacing halus dan lembut.
Kalau kita pukul atau halau lipas tu dengan penyapu ke kertas ke kemungkinan cacing ni akan keluar dari perut lipas tadi dan mencari rumah baru untuk membiak tau.
Cacing ni korang tak boleh nampak dengan mata kasar tau sebab saiznya yang kecil.
Tapiiiiii jangan tak tahu cacing ni boleh masuk dalam tubuh melalui pori pori kaki nak nak pulak bila kaki korang ada luka. Bersorak sakan le dia.
Korang jangan risau k, apakata korang cuba petua atau tips ni ye.
BAHAN BAHAN :
1 sudu makan baking soda
1 sudu makan gulaCARA CARANYA :
Mudah je, korang campurkan kedua dua bahan tersebut dalam satu bekas. Gaul sebati.
Kemudian korang letak la bekas ni kat tempat gelap yang menjadi laluan lipas. Ataupun korang boleh je taburkan campuran bahan ni atas laluan lipas tu.
Ok, selamat mencuba.
Kalau korang nak #Share, boleh je Kak Za izinkan. Jangan lupa tekan butang #Share tu ye. Semoga perkongsian ini dapat membantu dan bermanfaat untuk orang lain juga.
NOTAPETUA :
Gula akan menarik minat lipas untuk makan dan baking soda ni akan membunuh lipas secara senyap.#PetuaTradisi
#DIYBebasRacun