4 Tip Penting Yang Anda Perlu Tahu Semasa Membeli Kasut Sukan

Posted on

Aspek pemilihan kasut yang selesa adalah sangat penting untuk ketika berada di gym. Kalau salah pilih kasut, pastinya kecederaan boleh berlaku terutamanya di bahagian buku lali.

Jadi ada beberapa tip untuk anda memilih kasut gym yang betul. Di sini kami akan berkongsi 3 tip yang anda perlu buat ketika memilih kasut.

1. Ketika cuba kasut baharu, pastikan pakai dengan stokin bersama

Pastikan anda cuba dengan jenis stokin yang anda pakai sepanjang sesi gym nanti. Anda mungkin suka pakai stokin yang tebal dan mungkin suka pakai stokin yang nipis.

Jika anda suka pakai stokin yang tebal, kasut anda juga perlu lebar sedikit supaya memberi ruang untuk kaki bergerak dan bernafas dengan baik.

2. Kasut perlu terus selesa selepas ianya disarungkan

Disebabkan itu anda perlu cuba sendiri kasut yang anda mahu pakai. Jika anda rasa selesa memakai kasut berkenaan, jadi kasut berkenaan untuk anda. Tetapi jika ianya menyebabkan ketidakselesaan, mungkin anda perlu pilih saiz yang lebih besar atau pilih model yang lain.

3. Jangan pilih kasut yang bukan saiz anda

angan pilih kasut yang terlalu ketat dan jangan pula pilih yang mudah terkeluar. Kasut yang terlalu ketat adalah kasut di mana jari-jari anda tidak boleh bergerak dan kasut yang terlalu besar pula adalah kasut yang mudah terkeluar dari tumit anda. Cari kasut yang just nice dengan kaki anda.

4. Beli di JD Sports Malaysia

Jika perlu pilih satu butik untuk menawarkan pelbagai saiz, model dan jenama, JD Sports Malaysia adalah jawabnya. Di samping anda boleh cuba, anda juga boleh minta nasihat pekerja di JD Sports untuk sarankan model mana yang sesuai untuk kegunaan sukan anda. Mereka pasti akan sedia membantu.

Jadi kini anda tahu bagaimana untuk pilih kasut gym anda. Bila kasut selesa, barulah anda akan lebih kerap ke gym. Semoga anda berjaya mendapatkan susuk tubuh menawan yang anda impikan. All the best!

Jom Membeli Di JD Sports Malaysia

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.