Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang akan bermula 15 Jun 2020 (Isnin) ini.
Program ini yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia bertujuan untuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk individu yang menganggur dan kehilangan pekerjaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.
Kandungan
Daftar PenjanaKerjaya
Individu yang masih menganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah boleh mendaftar di portal http://myfuturejobs.gov.my. Garis panduan permohonan serta terma dan syarat yang dikeluarkan kepada majikan boleh diperolehi di laman web PERKESO hari ini.
Maklumat lanjut, boleh rujuk laman web PERKESO dan kenyataan media yang dilampirkan di bawah.
Semak
Program insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) akan bermula Isnin ini, 15 Jun 2020.
Individu yang masih menganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah boleh mendaftar di portal https://t.co/BRljZVoOVg #PENJANA#BersamaMenjanaEkonomi#KerajaanPrihatin pic.twitter.com/xMb7I4PlGD
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) June 14, 2020