Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan menafikan dakwaan yang mengatakan unit van kementerian itu digunakan untuk aktiviti jenayah.
“Van tersebut adalah milik KKM dan kakitangan yang terlibat adalah warga kerja KKM.
“Pihak KKM telah membuat laporan polis berhubung aduan palsu ini,” jelas kenyataan tersebut.
Tegasnya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan menghubungi pihak tuan rumah dahulu sebelum datang bagi tujuan tersebut.
Menurut KKM dalam satu kenyataan, kakitangan tersebut adalah penguatkuasa kawalan penyakit dan mereka hadir untuk pemantauan PUI (Patient Under Investigation) sahaja.
Sumber: KKM