Tak Mahu Susahkan Bakal Suami, Model Hanya Minta Sepasang Selipar ‘Jepun’ & Segelas Air Sebagai Mas Kahwin

Posted on

Perkahwinan merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang bercinta lebih-lebih semasa ijab dan kabul dilafaskan.

Hal ini yang dirasakan oleh pasangan pengantin dari Lombok Tengah yang menjadi pengantin viral kerana mas kawin mereka yang sangat unik.

Video pernikahan mereka tular di media sosial pada Jumaat lalu mendapat reaksi yang pelbagai dari pada warganet. Ia menjadi tumpuan orang ramai kerana pengantin perempuan yang juga seorang model hanya meminta selipar jepun dan segelas air putih sebagai mas kawinnya.

Pengantin perempuan yang dikenali sebagai Helmi berumur 20 tahun itu sengaja meminta mas kawin tersebut kerana tidak ingin membebankan suaminya yang dikenali sebagai Yudi seorang ‘Youtuber’ dari negara seberang.

“Saya tidak mahu menyusahkan suami saya dan keluarganya memandangkan pernikahan merupakan perkara yang saya idamkan” kata Helmi semasa ditemubual.

Helmi juga menegaskan beliau tidak mempunyai alasan yang khusus dan hanya ingin mengabadikan kenangan dan dapat diceritakan kepada anak cucu kelak.

Pada awalnya, ibu bapa pengantin perempuan meminta mas kawin sebanyak 40 juta rupiah bersamaan Rm 12,000. Oleh kerana pengantin lelaki tidak mampu memberi mas kawin seperti yang diminta, Helmi membuat keputusan dengan meminta selipar jepun dan segelas air sahaja.

Semasa ditemui, Yudi tahu pernikahannya telah tular dan ramai yang memberi sindiran terhadap mereka yang sengaja untuk mendapat tumpuan orang ramai. Walau bagaimanapun, beliau tidak berniat untuk menjadi tumpuan umum dan permintaan mas kawin ini semua keputusan dari isterinya.

Sumber: Tribun news Inaq Icok Sasak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.