Pada tarikh 10 Julai 2020 hari ini menyaksikan negarawan ulung negara, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun kelahiran ke-95.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara yang terawal membuat ucapan menerusi status yang dimuat naik di laman Twitter Rasmi pagi tadi yang antara lain mendoakan kesihatan dan kepanjangan usia Tun.
”Happy 95th birthday sir.
”Semoga Tun Dr Mahathir dilimpahkan rahmat, ketenangan, kesihatan dan dilanjutkan usia” katanya.
Sehingga jam 10.30 pagi ini, status tersebut mendapat perhatian daripada warganet dengan dibanjiri 700 komen dan perkongsian serta menerima tanda suka lebih 1.4 ribu, dalam tempoh 30 minit dimuat naik.
Menyingkap kembali sejarah, Tun Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 namun tarikh kelahiran rasminya direkodkan pada 20 Disember 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Beliau menyandang jawatan Perdana Menteri yang keempat Malaysia pada 16 Julai 1981, iaitu selama 22 tahun sekaligus menjadi tempoh paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara.
Happy 95th birthday, sir.
Semoga Tun Dr Mahathir dilimpahkan rahmat, ketenangan, kesihatan dan dilanjutkan usia. pic.twitter.com/1Q9tyKpPjJ
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) July 10, 2020
Sumber: Twitter @NajibRazak
Samsung Mungkin Tidak Menyertakan Pengecas Dalam Kotak Telefon Pintar Baru Seawal Tahun Hadapan
Baru-baru ini, kita telah mendengar laporan mengatakan Apple mungkin tidak menyertakan pengecas dalam telefon pintar terbaru mereka. Kini, selain daripada Apple, pihak Samsung juga dilihat sedang mempertimbangkan perkara yang sama.
Melalui laporan baru dari Korea Selatan, Samsung dikatakan sedang melihat kepada idea untuk tidak menyertakan pengecas dalam kotak telefon pintar baru.
Salah satu sebabnya dikatakan adalah untuk mengurangkan kos, apatah lagi dengan pengecas yang kini telah dipunyai oleh ramai pengguna seluruh dunia, selepas lebih 10 tahun telefon pintar diperkenalkan.
Pengurangan kos ini dijangka akan menyelarikan peningkatan kos untuk telefon pintar 5G yang masih membawakan tanda harga yang tinggi.
Buat masa ini, Samsung dikatakan masih mempertimbangkan perkara ini, dan sekiranya ya, maka beberapa model yang akan dipasarkan pada tahun 2021 kelak, mungkin tidak menyertakan pengecas bersama dengannya dalam kotak jualan.