Solat merupakan perkara asas dan wajib bagi setiap individu Muslim. Solat yang sempurna bukan sekadar cukup rakaat, tapi bermula dari persiapan untuk menunaikannya dari berwuduk sehinggalah memberi salam.
Salah satu aspek paling penting dalam bersolat ialah menentukan arah kiblat kerana ia merupakan syarat sah solat.
Jika di dalam hutan sekalipun kita dituntut untuk berikhtiar memastikan arah kiblat dengan cara tertentu, apatah lagi di rumah.
Penentuan kiblat di rumah amat penting kerana jika tersilap, maka bertahun-tahunlah kita solat menghadap ke arah yang salah.
Baru-baru ini, seorang peguam berkongsi mengenai kesan tersalah kiblat menurut ahli falak. Kongsi Nor Zabetha, kesilapan sedikit dalam menentukan arah kiblat boleh menyebabkan perbezaan sehingga ratusan kilometer dari kedudukan Kaabah yang sebenar.
Berikut adalah perkongsiannya.
Kandungan
- 1 “Puan tahu, sebenarnya kalau kita terlari sikit kiblat. Walaupun 1 darjah sekalipun, nilainya sama dengan 122 km dari kedudukan Kaabah sebenar”, kata Haji Zahari, petugas arah kiblat dari Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor.
- 2 Sayangnya kalau setiap hari tersalah arah. Habis kami satu pejabat semua salah arah setiap hari. Jadi saya minta betulkan di rumah dan pejabat.
“Puan tahu, sebenarnya kalau kita terlari sikit kiblat. Walaupun 1 darjah sekalipun, nilainya sama dengan 122 km dari kedudukan Kaabah sebenar”, kata Haji Zahari, petugas arah kiblat dari Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor.
Fuh! Banyak tu. Saya buat kira-kira. Jaraknya macam Kuala Lumpur ke Melaka. Kalau jalan kaki, tak sampai-sampai. Ini adalah kajian dari UKM. Oleh Prof Ir. Dr. Norhana Arsad.
Minggu lepas saya ada cerita tentang buku Falak Syarie dan kepentingan arah kiblat. 2 3 hari juga saya berfikir tentang salah arah kiblat tidak boleh buat main-main.
Tiba-tiba kelmarin saya hendak ke pejabat, bertemu dengan seorang lelaki dalam lif. Dia tersesat, salah mencari tingkat. Dia rupanya dari Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor.
Sempat kami bersembang, katanya dia dipanggil oleh beberapa rumah di kediaman saya untuk tetapkan arah Kiblat. Katanya hanya RM50, satu rumah sahaja. Baru saya tahu ada servis yang begini.
Mujur saya panggil. Bila dia buat tetapan menggunakan kaedah manual, cahaya matahari, dengan bendul, dengan laser point, kiraan darjah melalui pembaris. Rupa-rupanya walaupun terkalih sikit kiblat kami yang mengikut arah telefon pintar itu. Jarak lari dengan Kaabah sampai hampir 500 kilometer. Aduh! Sangat banyak. Lebih jauh dari pergi ke Kedah.
Cuba tengok dalam gambar dibawah, tak jauh larinya dari sticker kiblat asal dipejabat kami tetapi bayangkan hingga 500 km dari jarak Kaabah yang sebenar. Mungkin ada sebab Allah pertemukan saya dengan dia kerana sejak 2 3 hari berfikir tentang isu ini.
Kalau saya bermusafir atau bersinggah sekejap, sukar untuk tentukan kaedah ini, tetapi kalau di rumah atau dipejabat. Ini tempat kita tinggal dan beribadat.
Sayangnya kalau setiap hari tersalah arah. Habis kami satu pejabat semua salah arah setiap hari. Jadi saya minta betulkan di rumah dan pejabat.
Tuan Haji pasang sticker kiblat siap dengan nombor siri yang diperakui oleh Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor, selepas membuat tetapan yang betul.
Beliau tunjuk gambar pada saya, dalam satu stadium bagaimana sekumpulan manusia bersolat dengan arah kiblat yang berbeza-beza. Seorang ke kiri sikit, seorang ke kiri banyak dan seorang lagi terus lari arahnya.
Saya tanya, “Aik? Kenapa berbeza sangat. Mereka tidak perasankah arah kiblat orang lainkah sebelum solat?”. Kata tuan haji, ini sebabnya semua percaya telefon pintar masing-masing. Yang telefon pintar lebih mahal mungkin tak percaya arah kiblat kumpulan telefon pintar yang lebih murah. Mungkin mereka rasa telefon mereka lagi betul. Jadi mereka percaya telefon masing-masing.
Nampak mudah tetapi kesannya sangat dalam. Saya letak gambar nombor telefon Tuan Haji dibawah. Hubungilah beliau untuk menentukan kiblat yang sebenar di rumah masing-masing, insyallah beliau akan datang dirumah untuk membuat tetapan.
Memandangkan Tuan Haji dari Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor, maka memang banyak team mereka untuk buat tetapan. Jadi pasti permintaan anda akan dilayan.
Kalau lebih cantik, kita ajak jiran-jiran juga dan rakan-rakan di kawasan perumahan yang sama. Ajak sekali datang dan buat tetapan. Biar arah kiblat rumah kita semua tepat. Lebih bagus. Semuanya bermula dari rumah. Jadikan ibadah kita sempurna.
Sumber: Nor Zabetha