Minggu ini menyaksikan negara mengalami peningkatan kes Covid-19 yang membimbangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak kerajaan kerana tidak mahu negara kita menerima gelombang kedua penularan wabak Covid-19
KKM juga tidak menolak kemungkinan PKPD atau PKP secara lokal akan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang mengalami peningkatan kes jika angka kes positif baharu terus meningkat.
Hari ini KKM meminta agar masyarakat melindungi empat golongan berisiko tinggi mendapat jangkita Covid-19. Empat golongan tersebut adalah warga emas, wanita mengandung, pesakit kronik seperti diabetes, asma, hipertensi dan jantung serta pesakit imuniti rendah seperti pesakit HIV dan kanser.
Cara-cara yang selamat untuk melindungi golongan-golongan ini dan juga diri kita sendiri ialah jangan ke tempat tumpuan ramai, kekalkan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter, kekalkan kebersihan diri sepanjang masa, makan makanan seimbang dan kekal aktif.
Amat penting untuk kita bersama-sama memutuskan rantaian wabak pandemik ini jika tidak mahu kembali ke Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 yang akan membawa kesan buruk kepada ekonomi negara.
Kerajaan juga mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam kenderaan awam dan tempat awam yang sesak seperti pusat membeli-belah dan pasar raya bermula 1 Ogos 2020.
#COVID19 Lindungi golongan berisiko tinggi.
1. Warga emas
2. Wanita mengandung
3. Pesakit kronik
4. Pesakit imuniti rendah (kanser, HIV) pic.twitter.com/gfWd9lwIXR— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) July 24, 2020
Sumber: KKM