Pelitup Muka Fabrik Satu Atau Dua Lapis Tidak Berkesan Cegah Jangkitan COVID-19 – KKM

Posted on

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kemas kini dan laman facebooknya sebentar tadi memaklumkan bahawa pelitup muka fabrik satu atau dua lapis tidak berkesan untuk mencegah jangkitan COVID-19.

Sebaliknya, KKM menyarankan orang ramai membeli pelitup muka fabrik tiga lapis. Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, dalam sidang media harianya semalam.

Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos 2020.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan selain mengamalkan penjarakan sosial serta menjaga kebersihan tangan dengan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.

Sumber: KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.