Satu lembaga yang dipercayai menyerupai seorang kanak-kanak perempuan secara tidak dijangka muncul di belakang seorang guru ketika dia sedang menjalankan aktiviti kelas dalam talian bersama dengan murid-muridnya.
Insiden yang difahamkan berlaku di rumah guru tersebut yang terletak di Monterrey, Mexico itu telah membuatkan murid-muridnya ketakutan.
Ketika kejadian, guru berkenaan dilihat sedang bercakap-cakap bersama dengan muridnya melalui komputer ribanya. Namun secara tiba-tiba satu sosok tubuh yang kelihatan seakan perempuan dengan muka pucat dan berambut panjang telah ‘mengintai’ dari bahagian belakangnya sebelum hilang untuk beberapa saat.
Tidak lama kemudian, sosok lembaga itu dipercayai muncul kembali namun kali ini ia dilihat merangkak melepasi sisi rakaman kamera berkenaan.
Menurut Daily Star, selepas murid-muridnya memaklumkan bahawa ada sesuatu di belakangnya, guru tersebut telah bertindak menoleh ke arah sosok tubuh tersebut dilihat namun dia menyatakan bahawa tiada apa-apa disana.
Malahan dia turut menghalakan komputer ribanya ke arah lembaga itu dilihat untuk menunjukkan kawasan tersebut.
Guru tersebut kemudiannya mendakwa bahawa dia ada membela seekor anjing untuk menemaninya tinggal di rumah barunya itu. Guru itu juga mendakwa bahawa tiada orang lain di rumahnya kecuali seekor anjing.
Difahamkan, guru tersebut baru sahaja berpisah dengan pasangannya lalu kini tinggal berseorangan dan baru sahaja pindah masuk ke rumah berkenaan.
Chequen lo que le aparecio a un amigo en medio de su clase en linea, su profe vive solo y se acaba de mudar a esa casa pic.twitter.com/j696HZzWE4
— Fredy Gzz (@fredygzzr) July 24, 2020
Sumber: Daily Star