Umum mengetahui, kerajaan telah menawarkan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang bertujuan meringankan beban pengguna domestik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
Kesemua pelanggan domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menikmati penggunaan elektrik percuma sehingga RM231 (RM77/bulan) untuk bulan April, Mei dan Jun.
Atas sebab itu, kini anda boleh membuat semakan penyata terperinci BPE melalui aplikasi myTNB atau portal myTNB.
Kandungan
‘Saya telah bayar ekstra’ atau Jumlah Perlu Dibayar untuk bil bulan Julai anda adalah negatif?
Sekiranya anda melihat salah satu info di atas ini, ia bermaksud anda mempunyai lebihan bayaran, iaitu setelah caj kegunaan semasa ditolak dengan BPE serta diskaun di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi lalu.
Oleh itu, anda tidak perlu membuat pembayaran untuk bil bulan Julai kerana lebihan bayaran tersebut akan ditolak dalam bil bulan Ogos.
Jadi, sekarang nak buat apa?
Anda tidak perlu berfikir panjang lagi untuk bertindak.
Segalanya ada di hujung jari anda.
Apa yang perlu dibuat sekarang ini adalah memuat turun aplikasi myTNB atau layari laman sesawang TNB dengan segera agar anda boleh uruskan akaun dengan mudah, bila-bila masa, di mana sahaja!
Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, pengguna boleh merujuk di laman sesawang www.tnb.com.my atau menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454, emel tnbcareline@tnb.com.my atau mengunjungi mana-mana Kedai Tenaga berhampiran.