Sebanyak 25 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 9,063 kes setakat Jumaat (7 Ogos 2020).
Menerusi perkongsian terkini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 210 kes dan mereka telah diasingkan diberi rawatan di hospital.
Ingin dimaklumkan daripada 21 kes baharu yang dilaporkan, 9 kes merupakan kes import dan 16 kes lagi merupakan kes tempatan.
Daripada 16 kes tempatan, 12 kes berpunca daripada kluster PUI Sivagangga melibatkan negeri Perlis dengan 10 jangkitan, Kedah dan Pulau Pinang masing-masing mencatatkan satu (1) jangkitan.
Manakala selebihnya adalah daripada negeri Perak dan Selangor masing-masing mencatatkan dua (2) jangkitan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tiga (3) jangkitan, Johor dan Sarawak masing-masing satu (1) jangkitan dan Sabah empat (4) jangkitan.
PERINCIAN KES BAHARU (25 KES)
PERLIS – 10
10 kes jangkitan tempatan WN saringan kontak rapat kes PUI SivaganggaKEDAH -1
1 kes jangkitan tempatan WN saringan kluster PUI SivaganggaPUALU PINANG-1
1 kes jangkitan tempatan WN saringan kluster PUI Sivagangga pic.twitter.com/piUFsWL26X— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) August 7, 2020
Selain itu, terdapat 15 kes Covid-19 yang telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,728 atau 96.30 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Manakala jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 125 kes atau 1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Terkini #COVID19Malaysia , 7 Ogos
Kes sembuh= 15
Jumlah kes sembuh= 8,728
Kes positif= 25
(kes import=9, kes tempatan=16)
Jumlah positif= 9,063
Kes kematian=0
Jumlah kes kematian= 125
Kes dirawat di ICU= 2
Bantuan Alat Pernafasan= 1 pic.twitter.com/LwbmVu7jpQ— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) August 7, 2020
16 kes jangkitan tempatan dilaporkan membabitkan Perlis (10), Perak (2), Kedah (1) Pulau Pinang (1), WP Kuala Lumpur (1) dan Johor (1) daripada 25 kes baharu hari ini. pic.twitter.com/5bpQX1IAR7
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) August 7, 2020
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia