Segala macam usaha yang telah dilakukan oleh pihak berwajib untuk mendisiplinkan penduduk agar sentiasa mematuhi peraturan kesihatan berkenaan dengan penularan Covid-19, tetapi masih ramai individu yang melanggar peraturan ini.
Pihak berkuasa di Indobesia telah menghukum individu yang telah melanggar peraturan ini dengan membawa mereka ke perkuburan mangsa Covid-19.
Ketika operasi sedang dijalankan oleh pihak berkuasa, seramai 54 individu telah ditahan kerana melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Kesemua individu telah di bawa ke perkuburan di Delta Praloyo.
Kawasan perkuburan itu dipenuhi dengan individu yang melanggar SOP Covid-19.
Salah seorang individu yang ditahan dalam serbuan yang telah dilakukan itu mengakui bahawa ketika itu, dia sangat bosan dengan peraturan Covid-19 ini, dan juga amat menyesali perbuatannya dan berjanji akan sentiasa memakai pelitup muka.
“Sepertinya hukuman sosial dengan membersihkan kemudahan dan kawasan awam masih belum memberi kesedaran kepada mereka, jadi kami ambil inisiatif untuk membawa individu yang melanggar SOP ini untuk berdoa dan merenung di pusat perkuburan yang mana merupakan mangsa Covid-19”, Jata Ketua Polis, Sumardji.
“Ini adalah usaha untuk memperingatkan kepada orang ramai tentang betapa bahayanya wabak Covid-19”, kata Sumardji.
Tujuan utama di sini adalah untuk memberi kesedaran kepada pesalah dan pada waktu yang sama berdoa kepada si mati.
Sumber: Jurnalpresisi