Dijemput untuk membuat persembahan di hari bahagia Mira Filzah dan Wan Emir Astar, penyanyi Naim Daniel meluahkan rasa sebak ketika membawakan lagu Seribu Tahun nyanyian asal Imran Ajmain di majlis resepsi pasangan itu.
Naim berkata dia merasa sebak ketika melihat momen dimana Wan Emir menggenggam erat tangan Mira pada majlis resepsi belah lelaki yang diadakan semalam di A Park, Puchong.
“Tiba-tiba teremosi pula perform SERIBU TAHUN hari ini, tambahan pula masa lirik “jangan putus harapan sedia setia”. Masa tu saya nampak Wan Emir genggam tangan Mira Filzah kuat-kuat,” tulisnya.
Dalam pada itu, Naim turut mendoakan yang terbaik untuk pasangan tersebut serta berharap jodoh mereka berkekalan hingga ke syurga.
Naim juga turut menzahirkan terima kasih kepada Mira dan Emir kerana meletakkan kepercayaan kepadanya dan sudi menjemputnya untuk membuat persembahan di hari bahagia mereka.