5 Kes Pembunuhan Paling Kejam Yang Pernah Berlaku di Malaysia, No 3 Tu Paling Ngeri

Posted on

Negara kita Malaysia banyak juga mengalami pembunuhan-pembunuhan bersifat profil tinggi yang mengejutkan banyak pihak. Selalunya kes seperti ini mempunyai banyak tanda tanya dan persoalan yang tidak mampu dijawab, apatah lagi selepas dibuktikan berlakunya pembunuhan, makin banyak pula khabar angin yang membuatkan kita semakin kurang jelas apa yang telah berlaku.

Sehingga setakat ini, berikut adalah 5 kes pembunuhan paling menggemparkan yang telah berlaku. Ada yang berjaya diselesaikan dan ada yang masih lagi terbuka perbicaraannya sehingga ke hari ini.

1. Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya

Hilang sebelum dijumpai abu mayatnya, Datuk Sosilawati dan 3 orang lagi lelaki lain dibunuh dan dibakar. Sisa mayat keempat-empat mereka dijumpai di kawasan berdekatan Morib kerana suspek telah membuang abu mayat mereka dalam sebuah sungai. Pihak polis berjaya menemui jam tangan milik Datuk Sosilawati pada suspek yang diambil oleh pihak suspek sebagai kenang-kenangan yang menjadi bukti kukuh keterlibatan mereka dalam pembunuhan.

Motif sebenar pembunuhan dilaporkan berlaku kerana suspek berhutang RM3 juta yang tidak mampu dibayar kepada mangsa dan pada Mac 2017, tiga daripada empat suspek dihukum gantung sementara seorang lagi dibebaskan.

2. Pembunuhan Canny Ong

Wanita comel berketurunan Cina bernama Canny Ong ini diculik oleh suspek bernama Ahmad Najib selepas dia pergi membayar bayaran meletakkan kenderaan di Bangsa Shopping Centre dengan kereta Canny dipandu keluar melanggar penghadang. Pagi tersebut, pihak polis menjumpai Canny dan Najib dalam kereta namun tidak mengesyaki apa-apa. Canny dirogol pada pagi tersebut dan kemudiannya dibunuh dengan pisau dan mayatnya dibuang ke dalam lubang pembentung di jalan raya. Esoknya, Ahmad Najib kembali ke lubang tersebut lalu membakar mayat Canny.

Hasil siasatan unit forensik menemui kesan air mani Ahmad Najib pada mayat Canny yang menjadi bukti kejadian tersebut dan Ahmad Najib dihukum gantung. Hukumannya dijalankan pada 24 September 2016 pada awal subuh.

3. Pembunuhan Nurin Jazlin

Ini kes paling menyayat hati kerana melibatkan kanak-kanak. Nurin yang baru berumur 8 tahun diminta ke pasar pada 20 Ogos 2007. Tidak pulang-pulang selepas itu, selepas laporan polis, terdapat rakaman cctv yang menunjukkan dia ditarik masuk ke dalam sebuah van putih. Pada 17 September 2007, sebuah beg dijumpai oleh seorang peniaga di depan kedainya yang berisi tubuh Nurin dengan sebatang timun dan terung tertusuk dikemaluannya.

Pada 11 Oktober 2007, polis mendedahkan dua rakaman cctv menunjukkan seorang lelaki menaiki motosikal meninggalkan beg tersebut di depan kedai dan sejam kemudian, seorang perempuan berlegar-legar di depan beg tersebut yang kemudiannya dibawa pergi oleh 3 orang lelaki. Menggunakan bantuan FBI untuk menjelaskan rakaman tersebut pun masih gagal memaparkan sebarang maklumat yang mampu membantu dan sehingga sekarang, kes ini masih belum selesai. Pembunuh Nurin Jazlin pula masih bebas hidup.

4. Pembunuhan Altantuya

Dilaporkan terlibat sebagai jurubahasa dengan wakil kerajaan, Altantuya dibom menggunakan peledak C4 di sebuah kawasan hutan berdekatan Puncak Alam. Sehingga sekarang tidak dapat disahkan motif sebenar pembunuhan tersebut berlaku walaupun kesnya sudah diselesaikan dan pembunuhnya berjaya ditangkap.

Dua orang anggota polis bernama Sirul Azhar dan Azilah telah pun dijatuhkan hukuman gantung atas pembunuhan tersebut. Sirul sehingga sekarang mengatakan wujudnya konspirasi menjadikan dia kambing hitam untuk menutup kes tersebut.

5. Pembunuhan Datuk Mazlan Idris

Datuk Mazlan Idris, salah seorang ahli Dewan Undangan Negeri Pahang ingin mendapatkan khidmat seorang bomoh wanita bernama Mona Fandey bagi menguatkan lagi pengaruh politik beliau. Datuk Mazlan diminta hadir ke rumahnya untuk menghadiri satu upacara ilmu hitam yang boleh membantu beliau dan Datuk Mazlan dikehendaki berbaring, sebelum kepalanya dipenggal dengan kapak oleh pembantu Mona.

Mayat Datuk Mazlan dikerat kepada 18 bahagian dan kulitnya disiat. Cebisan badan Datuk Mazlan ditanam disekitar kawasan rumah Mona Fandey. Dengan wang RM300 ribu yang dibawa oleh Datuk Mazlan, Mona Fandey telah pergi membeli belah, membeli kereta Mercedes-Benz dan juga membuat penampilan baru pada wajahnya.

Selepas laporan kehilangan dibuat, Juraimi sendiri membuka cerita kepada pihak penyiasat yang membawa kepada penemuan-penemuan badan Datuk Mazlan di kawasan rumah Mona. Mona, suaminya Affandi dan Juraimi ditahan sebagai suspek. Perbicaraan berlangsung dan semuanya dihukum gantung oleh pihak mahkamah selepas terbukti menyebabkan kematian Datuk Mazlan.

Pada 2 November 2001, ketiga-tiga mereka digantung di Penjara Kajang dan mereka yang menyaksikan perkara tersebut mengakui riak wajah mereka bertiga tidak ada sedikit pun rasa menyesal melakukan perkara tersebut.