Gangguan bekalan air di Kuala Krai

Posted on

Sebanyak 3,800 akaun pengguna di 30 kawasan jajahan Kuala Krai akan mengalami gangguan bekalan bermula esok.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Latihan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Mat Noor Awang berkata, Loji Rawatan Air (LRA) Tualang Lama ditutup sementara waktu bagi kerja-kerja pengujian dan pentauliahan di kawasan berkenaan.

Katanya, kerja-kerja pengujian dan pentauliahan akan dilakukan oleh pihak kontraktor bermula jam 8 pagi esok dan dijangka selesai jam 8 malam hari yang sama dan bekalan air akan pulih secara berperingkat sebaik ia diselesaikan.

“Kawasan yang terbabit ialah seluruh bandar Kuala Krai; Kampung Tualang; Bekok; Jalan Geale; Taman Krai; Kubang Lebur; Jalan Melati; Batu Lada; Kampung Hamzah; Guchil 1-7; Sungai Durian; Kampung Tengah; dan Taman Sri Pinang.

“Selain itu, Kampung Gatal; Taman Melati; Desa Rahmat; Sedek; Dusun Damar; Kampung Rahmat; Taman Desa Tok Guru; Taman KK Height; Taman Bahagia; Taman Berkat Jaya; Taman Yani; Taman Orkid; Taman Desa Permai; Taman Central Park; Taman Guchil Jaya (Daskoh); Kampung Batu Lada;dan Peladang,” katanya.

Mat Noor berkata, pihak AKSB sudah menguruskan penghantaran air melalui lori tangki dan pengisian air ke tangki statik kepada pengguna yang terjejas sepanjang tempoh gangguan bekalan air.

“Saya menasihatkan kepada pengguna di kawasan yang terjejas supaya menyimpan bekalan air yang menckupi serta berhemah menggunakan air sementara menunggu bekalan air bersih pulih sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata, senarai lengkap kawasan terjejas dan stesen pengisian air setempat boleh dirujuk melalui aplikasi MyAKSB yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store dan Apple App Store.

Sebarang pertanyaan dan info mengenai gangguan bekalan air boleh menghubungi PINTAS di talian 15777 dan WhatsApp di nombor 019-5755777.

Join Telegram

Huawei Watch Fit Hadir Ke Pasaran Malaysia – Berharga RM499

Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.

Huawei Watch Fit hadir dengan rekaan muka jam empat segi, selain ditujukan untuk mereka dengan gaya hidup aktif.

Huawei mengatakan Watch Fit menyertakan lebih 96 mod bersenam berbeza, dilengkapi skrin AMOLED HD, serta ketahanan bateri sehingga 10 hari lamanya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan jam tangan pintar terbaru ini bermula 9 September 2020 pada harga RM499 sebuah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.