Lelaki Meninggal Dunia Sewaktu Laung Azan Subuh, Ketika Kalimah Takbir & Syahadah

Posted on

Namun apa yang berlaku awal pagi tadi, seorang insan bertuah ini ditakdirkan dijemput Ilahi dalam waktu menyeru orang untuk solat; iaitu azan.

Ikuti kisah yang dikongsikan oleh ahli jawatankuasa Surau Ar-Rayyan melalui laman Facebook Lembaga Zakat Selangor ini.

Kematian yang dicemburu

Shah Alam, 1 Oktober 2o2o – Seluruh penghuni apartment Sri Ixora Seksyen 27 Shah Alam berasa pelik kenapa azan Subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi ini cuma kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla ilaha illa Allah) dan kemudian terhenti.

Kemudian bersambung di corong pembesar suara semacam cemas.

Selang kemudian terdengar AJK lain membuat pengumuman menyeru ahli keluarga En Man dari blok 45 turun ke surau dengan kadar segera dan kelihatan ambulan tiba di kawasan surau.

Setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan.

Abang Rosliman atau lebih mesra dengan panggilan Abang Man, telah kembali bertemu Penciptanya dalam keadaan semua orang beriman impikan.

Arwah meninggal dunia ketika melaungkan azan pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah.

Sebak dan bergenang air mata ini para jemaah sahabat rapat.

“Malam tadi baru dia yang beriya-iya mahu menjayakan majlis kenduri kesyukuran Ustaz Sahari yang baru keluar hospital yang akan diadakan di surau.

“Dia yang nampak sangat gembira dengan menu yang dicadangkan. Dia yang menawarkan diri untuk menyediakan kopi o kaw. 

“Rupanya dia Allah panggil dalam keadaan sangat-sangat kami cemburu,” ujar salah seorang jemaah.

Paling kami terkejut hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan Subuh walaupun beliau bukan bilal surau.

Beliau merupakan AJK Pemeriksa Kira-Kira surau.

Allah sayang Abang Man lebih dari kami semua bang. Abang Man pernah berseloroh:

“Kita jaga amanah surau ni bukan untuk kita sekarang, tapi gunanya bila kita kat sana nanti.”

Moga Allah pilih Abang Man menjadi penghuni Al-Firdaus. Allah Maha Mengetahui.

Kredit: AJK Surau Ar-Rayan

Sumber: Lembaga Zakat Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.