RM50 Secara ‘One-Off’ Akan Dikredit Ke Dalam e-Wallet Golongan Belia

Posted on

Kerajaan melalui Program eBelia akan mengkreditkan RM50 ringgit secara ‘one-off’ ke dalam akaun e-wallet melibatkan 1.5 juta belia seluruh negara.

Inisiatif dengan peruntukan 75 juta ringgit ini adalah bagi belia yang berumur 18 hingga 20 tahun sebagai usaha kerajaan membudayakan transaksi kewangan tanpa tunai.

Perkara tersebut dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, di dalam Dewan Rakyat menerusi siaran langsung Belanjawan 2021, sebentar tadi.

Pemberian RM50 ke dalam akaun e-wallet belia ini adalah di dalam Strategi 4: Mengutama Agenda Keterangkuman, Langkah 6: Pembangunan Belia dan Sukan.

BACA : Bantuan Prihatin Rakyat, Individu Bujang Bakal Terima RM350

Sumber: Siaran Langsung Belanjawan 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.