Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi akaun Twitter rasminya telah berkongsikan satu video mengenai jawapan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkaitan dakwaan tidak turun padang kerana takut.
Menerusi video tersebut, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa sebagai orang Islam, kematian boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa perlu turun padang atau pun tidak.
Menurutnya, niat dan tujuan yang paling penting sekali adalah memastikan bahawa penularan virus Covid-19 dalam negara Malaysia ini dapat diputuskan.
Jawapan KP Kesihatan
Dakwaan tidak turun padang kerana takut, ini jawapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri @DGHisham
"KKM membuat perancangan khusus lebih awal untuk Sabah.
"Sebagai orang Islam, kematian boleh berlaku dimana saja dan bila-bila masa saja."#KitaJagaKita #KitaTeguhKitaMenang pic.twitter.com/ayUdbGTYn0
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) November 11, 2020
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia