PKPB Kelantan: Kadar kebolehjangkitan yang tinggi daripada Kluster Mengketil di Kelantan, menyebabkan kes kluster itu merebak dengan pantas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, selain merekodkan peningkatan kes yang mendadak dalam tempoh singkat, kluster itu telah merebak ke Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Mas dan Kuala Krai di negeri berkenaan selain turut dikesan di Besut, Terengganu.
BACA: Lima faktor di ambil kira oleh KKM sebelum syor laksana PKPB
Justeru, katanya, tindakan proaktif dan pencegahan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kelantan mulai esok diambil bagi memperlahankan peningkatan kes di negeri itu.
“Satu sebab jangkitan berlaku di Kelantan adalah kes-kes dari zon atau daerah merah yang kembali ke negeri tersebut dengan membawa jangkitan.
“Jadi kita bimbang, sebab ada banyak pergerakan dari satu daerah ke daerah lain, dari negeri ke negeri lain. Jadi kebolehjangkitan itu adalah tinggi,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di sini, hari ini.
Baca : Covid-19 – Kluster Mengketil di Kelantan membimbangkan
Hanya 8 Bulan Sahaja Dijual, Xiaomi Menghentikan Penjualan Mi 10 Pro 5G
Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.
Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro adalah peranti mercu pertama dari Xiaomi untuk tahun ini. Ia juga merupakan antara peranti termahal dari Xiaomi sebelum Mi 10 Ultra dilancarkan. Peranti ini hadir dengan skrin kadar segar semula tinggi, kamera 108MP, menyokong pengecasan pantas dan boleh dikatakan adalah peranti mercu yang serba lengkap.
Sehingga bulan ini, peranti Mi 10 Pro 5G baru sahaja 8 bulan berada di pasaran. Terkini Xiaomi dilihat telah menamatkan penjualan peranti ini. Sumber menyemak laman web Xiaomi, kedai atas talian Tmall, Jingdong dan Youpin juga disenaraikan sudah kehabisan stok.
Ini mungkin kerana Xiaomi ingin memberi laluan kepada peranti baharu mereka, iaitu Xiaomi Mi 11. Peranti ini dikatakan akan dilancarkan pada Disember dengan cip Snapdragon 875 pertama dunia dan dipasarkan secara terhad di China. Ia hanya akan dilancarkan semula atau mungkin dijual seperti biasa pada tahun hadapan.