Orang ramai yang menghadiri majlis kenduri di Kampung Chengal, Ketereh pada Ahad lalu diminta hadir ke klinik kesihatan terdekat, bagi menjalani saringan Covid-19.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, ia susulan seorang tetamu yang hadir ke majlis berkenaan positif Covid-19.
“Kita dapati seorang individu yang hadir ke majlis berkenaan disahkan positif Covid-19 selepas saringan dibuat.
“Individu berkenaan dikesan menerusi saringan bergejala dan kita masih dalam siasatan lanjut sama ada terdapat kaitan dengan mana-mana kluster.
“Sehubungan itu kita meminta tetamu yang hadir pada majlis berkenaan tampil membuat saringan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Semalam, sebanyak tujuh kes baru dicatatkan di negeri itu dengan kebanyakannya Kluster Mengketil.
Sehingga kini, sebanyak 71 kes aktif di negeri itu dengan dua kluster termasuk Kluster Kube.
sumber: harian metro
Hanya 8 Bulan Sahaja Dijual, Xiaomi Menghentikan Penjualan Mi 10 Pro 5G
Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.
Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro adalah peranti mercu pertama dari Xiaomi untuk tahun ini. Ia juga merupakan antara peranti termahal dari Xiaomi sebelum Mi 10 Ultra dilancarkan. Peranti ini hadir dengan skrin kadar segar semula tinggi, kamera 108MP, menyokong pengecasan pantas dan boleh dikatakan adalah peranti mercu yang serba lengkap.
Sehingga bulan ini, peranti Mi 10 Pro 5G baru sahaja 8 bulan berada di pasaran. Terkini Xiaomi dilihat telah menamatkan penjualan peranti ini. Sumber menyemak laman web Xiaomi, kedai atas talian Tmall, Jingdong dan Youpin juga disenaraikan sudah kehabisan stok.
Ini mungkin kerana Xiaomi ingin memberi laluan kepada peranti baharu mereka, iaitu Xiaomi Mi 11. Peranti ini dikatakan akan dilancarkan pada Disember dengan cip Snapdragon 875 pertama dunia dan dipasarkan secara terhad di China. Ia hanya akan dilancarkan semula atau mungkin dijual seperti biasa pada tahun hadapan.