Aktor terkenal Indonesia, Nia Ramadhani sering kali ‘mencuit’ hati warganet dengan pelbagai kenyataan tentang kehidupan peribadinya.
Jika masih ingat lagi, sebelum ini pelakon watak Bawang Merah dalam sinetron Bawang Putih Bawang Merah ini pernah berlaku jujur bahawa beliau baru tahu yang sayur-sayuran itu perlu disimpan dalam peti sejuk.
Malah selain itu, Nia juga baru-baru ini pernah berkongsi jatuh bangun dalam babak kehidupannya yang pernah hidup susah semasa kecil, di mana beliau pernah ‘terpaksa’ menaiki van untuk ke sekolah.
Nia tak reti bancuh kopi
Menerusi laporan Tribun News Bogor baru-baru ini, Nia sekali lagi berlaku jujur bahawa beliau sebenarnya tidak tahu bagaimana menyukat sukatan gula untuk membancuh kopi dengan betul.
Difahamkan, pernah satu ketika Nia diminta suaminya, Ardi Bakrie untuk membancuh kopi buat ibu mentuanya namun malang sekali, beliau tidak mampu melakukannya.
“Waktu itu, pernah diminta untuk buatkan kopi atau teh. Kan tidak tahu sukatan gulanya bagaimana, akhirnya saya bawa semua gula tu ke sampingnya.
“Tapi diminta untuk membancuhnya, saya takut,” katanya.
Selain itu, Nia juga mendakwa pernah diminta mentuanya untuk memotong buah sebagai hidangan, namun sekali lagi beliau terpaksa berlaku jujur yang dirinya tidak tahu melakukannya.
“Waktu itu juga diminta untuk potong buah, tak reti..Jadi saya temankan saja,” tambahnya.
Walaupun begitu wanita bergelar isteri yang sudah pun berusia 30 tahun ini tetap disayangi mertuanya.
Sumber: Tribun News Bogor