Kajian Saintis Jepun Dakwa Bumi Semakin Dekat Dengan Lohong Hitam

Posted on

Menurut laporan, kedudukan Bumi kini berada berdekatan dengan lohong hitam di Galaksi Bima Sakti. National Astronomical Observatory of Japan (NAOJ) mendakwa Bumi adalah 2 000 tahun cahaya lebih dekat dengan Sagittarius A.

Tambahnya, pasukan pakar dari NAOJ menyatakan analisis awal kedudukan lohong hitam itu adalah pada jarak 27 700 tahun cahaya tetapi sekarang jaraknya telah berubah menjadi 25 800 tahun cahaya.

Data baru menunjukkan Bumi dikatakan bergerak dengan lebih cepat berbanding kajian terdahulu.

Kajian tersebut diperoleh melalui projek VERA yang telah dilancarkan pada tahun 2 000 oleh Jepun.

Lohong hitam yang dikenali sebagai Sagittarius A atau Sgr A adalah kawasan yang sangat padat dengan jisim 4 juta kali ganda lebih besar dari Matahari.

Sumber: Daily Mail

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.