KWSP Patut Benarkan Pencarum Keluar RM10k Tanpa Syarat?

Posted on

Sebaik sahaja pihak KWSP beri pengumuman tentang dua kriteria kelayakan untuk rakyat memohon i-Sinar, pelbagai reaksi dan komen dah pun diberikan oleh semua pihak.

Kriteria kategori satu meliputi ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut ketika permohonan atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Bagi kategori dua pula meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas, termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Namun, rata-rata netizen berpendapat syarat tersebut menyusahkan banyak pihak. Begitu juga dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut berikan pendapat beliau di Facebook. Kata beliau, tindakan KWSP yang telah meletakkan syarat adalah sangat tidak patut kerana duit tersebut memang hak milik rakyat.

Tambah beliau lagi, semua pencarum sepatutnya dibenarkan untuk keluar RM10,000 terus secara pukal tanpa perlu terikat dengan syarat-syarat yang diberikan. Najib juga percaya kalau syarat itu dikekalkan, ia mungkin boleh mengundang kemarahan rakyat.

“Kalau mereka nak keluarkan RM10,000 terpulang lah kepada mereka. Kalau mereka tak perlu, mereka tak kan berbuat demikian. Jadi, kita mesti percaya kepada pencarum bahawa ini adalah dana mereka sendiri. Hidup mereka juga amat tertekan dan ada yang perlukan duit ini untuk kecemasan kini.” – katanya.

Begitu juga pandangan dari penganalisis ekonomi, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor. Menurut beliau, dalam keadaan terdesak sekarang, KWSP tak seharusnya terlalu ketat dalam meletakkan syarat buat pencarum untuk keluarkan simpanan mereka. Bahkan, KWSP sepatutnya lagi membantu untuk ringankan beban rakyat dan beri jalan mudah untuk semua.

“Jangan rigid sangat soal pengeluaran wang KWSP kerana ramai yang tersepit dalam situasi pandemik Covid-19. Sepatutnya pengeluaran wang dipermudahkan kepada pencarum kerana mereka bukan sengaja hendak keluarkan wang tetapi terpaksa. Kita lihat sahaja situasi sekarang ramai tiada pekerjaan dan gaji dipotong maka mereka perlukan sokongan kewangan.” – tambahnya.

Bila ada pihak yang bersuara macam ni, agak-agak KWSP akan pertimbangkan tak? Sama-sama kita nantikan.

sumber : ohmedia

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.