Korea Utara COVID-19

Dipercayai Langgar Peraturan COVID-19, Pegawai Korea Utara Dilapor Dihukum Mati

Posted on

Korea Utara dilaporkan telah mengambil langkah yang lebih tegas untuk menghentikan penularan COVID-19 di negara itu termasuk menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang pegawai pada Ogos lalu yang melanggar peraturan anti-virus, lapor NPR.

BACA: Kajian Saintis Jepun Dakwa Bumi Semakin Dekat Dengan Lohong Hitam

Pegawai tersebut dilaporkan telah membawa barang melalui kastam di ibu kota Sinuiju di sempadan Korea Utara dan China yang melanggar tindakan kuarantin yang berkaitan dengan COVID-19.

Korea Utara pada ketika itu juga telah menguatkuasakan perintah berkurung di seluruh Pyongyang dan melarang pengeluaran ikan dan garam di lautan sebagai sebahagian daripada sekatannnya untuk membendung COVID-19.

Ahli parlimen, Ha Tae-keung yang berada di jawatankuasa perisikan Korea Selatan mengatakan bahawa Korea Utara telah menolak untuk membawa 110, 000 tan beras yang dijanjikan oleh China

Korea Utara mendakwa telah berjaya mengelak dari jangkitan COVID-19. Walaupun telah membuat ujian pengesanan pada ribuan kes yang disyaki, mereka mengatakan tidak memilik satu pun kes yang disahkan.

Pun begitu, pakar kesihatan mengatakan bahawa virus tersebut mungkin juga boleh dibawa oleh penyeludup dari China.

Sumber: NPR

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.